Oleh Shamsul Munir Safini


Permatang Pauh: Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan menganggap isu keretakan hubungan dengan PKR berhubung isu hudud selesai.

Omar berkata, pihaknya sudah bertemu dengan pimpinan PKR yang diwakili Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali malam kelmarin sebelum pengumuman calon PKR di SP Arena.

Katanya, perkara itu dianggap selesai dan PAS Permatang Pauh akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PKR pada PRK kali ini.

"Kami sudah mencapai kata sepakat berhubung tuntutan yang dinyatakan kami sebelum ini dan berjanji akan bekerjasama dengan PKR pada PRK kali ini.

"Pakatan pembangkang mahu menang pada PRK ini dan sudah mendapat kata putus berhubung tuntutan kami dan akan bekerjasama dengan PKR yang menjadi calon pakatan pembangkang di sini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2015 @ 1:47 PM