SUHAIMI memohon restu Che Jan di Kampung Guar Jering, pagi tadi. FOTO Shamsul Munir Safini
SUHAIMI memohon restu Che Jan di Kampung Guar Jering, pagi tadi. FOTO Shamsul Munir Safini
Oleh Shamsul Munir Safini


Permatang Pauh: Ibu Calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Che Jan Ahmad,71, terharu, anaknya Suhaimi Sabudin,44, dipilih mewakili BN.

Katanya, anaknya yang pendiam itu sudah menampakkan sikap kepimpinannya sejak zaman sekolah.

"Dia memang seorang yang pendiam namun tegas dalam menyatakan pendiriannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Guar Jering, di sini, selepas dikunjungi Suhaimi yang memohon restunya.

Menurutnya, Suhaimi yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik itu begitu memahami hati rakyat penduduk Permatang Pauh.

Katanya, dia bersyukur dan mendoakan anaknya itu berjaya menjadi wakil rakyat di Permatang Pauh.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2015 @ 1:38 PM