SEPASUKAN tentera membersihkan runtuhan untuk mencari mangsa di Bhaktapur.
SEPASUKAN tentera membersihkan runtuhan untuk mencari mangsa di Bhaktapur.
Reuters

Kathmandu: Ratusan penduduk Nepal yang marah dan kecewa dengan tindak balas lembap kerajaan semalam menggali sendiri runtuhan untuk mencari mayat anggota keluarga mereka selepas gempa bumi tiga hari lalu meragut lebih 4,000 nyawa.

Angka terbaru yang dikeluarkan kerajaan Nepal menyatakan 4,349 orang mati dalam bencana yang berlaku Sabtu lalu dan lebih 7,000 lagi cedera.

Ia juga memberi amaran, jumlah kematian mungkin mencecah 10,000 orang.

“Menunggu bantuan lebih menyiksakan daripada melakukan tugas ini sendiri,” kata Pradip Subba yang mencari mayat abang dan kakak iparnya dalam runtuhan Dharahara, menara bersejarah Kathmandu yang musnah dalam gempa bumi 7.9 magnitud itu.

“Buat masa ini, tangan kamilah jentera yang menggali runtuhan ini. Tak seorang pun pegawai kerajaan atau tentera bersedia membantu kami,” kata lelaki berusia 27 tahun itu, seorang daripada penduduk tempatan yang menggali runtuhan di kawasan berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2015 @ 7:45 AM