ANTARA koleksi menarik ruang pameran francais Elyza’s.
ANTARA koleksi menarik ruang pameran francais Elyza’s.
KOMBINASI warna dan corak dari langsir hingga kemasan perabot.
KOMBINASI warna dan corak dari langsir hingga kemasan perabot.
TATA hias lengkap ruang makan.
TATA hias lengkap ruang makan.
RASA empuk dan selesa ketika duduk di sofa juga bergantung kepada kualiti fabriknya.
RASA empuk dan selesa ketika duduk di sofa juga bergantung kepada kualiti fabriknya.

Sejak 20 tahun memberi inspirasi dalam keunikan fabrik terbaik kemasan langsir untuk mencipta suasana kediaman luar biasa, pakar fabrik sejak 1994 ini sering mengilhamkan kelainan.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi Elyza’s Home (M) Sdn Bhd Elyza Yong, kepelbagaian cita rasa dan gaya hidup masyarakat negara ini sering mempengaruhi penggayaan langsir.

“Tahun ini empat rekaan aliran terbaru diperkenalkan iaitu moden klasik, ‘industrial glam,’ ‘boho chic’ dan digital arts.

“Rekaan ini mampu mencetuskan suasana lebih ceria di kediaman anda,” katanya ketika ditemui di francais Elyza’s ketiga di SACC MALL, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Moden klasik ialah gaya yang menggabungkan kemewahan klasik dengan rekaan kontemporari.

Ia memperlihatkan cara mudah untuk disesuaikan dengan kemasan lain atau sedia ada.

Koleksi ini juga membabitkan corak terkini dalam rekaan menarik yang merangkumi rangkaian kecanggihan warna merah delima, rekaan ornamental dan jacquards klasik.

Koordinasi corak geometri dan jalur moden turut melengkapkan sentuhan gaya baru pada ruang.

“Koleksi fabrik moden klasik termasuk Moden Klasik (Elyza’s), Kensington (Ashley Wilde UK), Boutique (Prestigious UK), Eden (Prestigious UK) dan Platinum (Prestigious UK).

Koleksi ‘industrial glam’ turut tersenarai antara yang menarik perhatian pemilik kediaman di negara ini.

Ia amat sesuai untuk gaya kontemporari dengan rasa nostalgia dan karakter maskulin.

“Menerusi gaya ini, skima warna berbeza yang sinonim dengan ‘industrial glam’ ialah kelabu, zink, tembaga, besi, hitam, biru kelabu, coklat, arang dan putih neutral.

“Ia turut mengetengahkan koleksi fabrik dari Industrial Glam (Elyza’s) dan Axel (Ashley Wilde UK),” katanya.

Diilhamkan dari ‘Bohemian Fashion & Style,’ koleksi ‘boho chic’ sesuai bagi yang gemarkan kelainan.

Gayanya juga lebih bercirikan rawak, sibuk dan memberikan suasana romantik, vintaj dan bersemangat.

Koleksi ini amat sesuai kepada generasi muda kerana ia lebih mempamerkan gaya peribadi seseorang.

“Sementara itu, digital arts mampu menterjemahkan suasana berbeza pada ruang apabila cetakan digital.

“Koleksi ini bakal mendapat sambutan hangat di pasaran kerana menerusi teknologi baru ini, percetakan digital dan ilustrasi kreatif pelukis didatangkan dalam suasana segar, cerah dan meriah.

“Ia termasuk corak haiwan, bunga, buah-buahan, bangunan dan corak grafik yang unik,” katanya.

Layari http://www.elyza.com/ atau Facebook ElyzasHome untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2015 @ 5:05 AM