REKAAN cermin mata menarik untuk dimiliki.
REKAAN cermin mata menarik untuk dimiliki.
BINGKAI nipis untuk gaya yang lebih formal.
BINGKAI nipis untuk gaya yang lebih formal.
RONA hitam yang menyerlahkan gaya elegan pemakai.
RONA hitam yang menyerlahkan gaya elegan pemakai.

Jika anda penggemar gaya retro, koleksi kaca mata terbaru Gucci untuk musim luruh/sejuk 2014 mampu memenuhi cita rasa unik anda.

Koleksi berkenaan hadir dalam pelbagai rekaan gabungan klasik dan moden kontemporari.

Berbeza dengan koleksi sebelumnya, rekaan bingkai dan cermin mata itu kali ini disifatkan lebih retro dan elegan.

Tidak kira bentuknya sama ada bingkai bulat, bujur, nipis atau tebal, koleksi berkenaan mampu menyerlahkan lagi gaya tersendiri yang dimiliki. Tambahan pula, logo jenama juga turut diukir di dalam dan luar bingkai.

Selain itu, cermin mata hitam koleksi ini turut dilengkapkan dengan pelapik hidung yang boleh dilaraskan bagi memberi keselesaan kepada pemakai.

Koleksi cermin mata menarik ini boleh didapati dalam rona ruthenium bersama emas, hitam Havana, kuning, hijau dan merah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 5:00 AM