Mohd Fuad Abd Latiff memberi penerangan ketika sidang media di Bukit Aman, hari ini. FOTO Bernama
Mohd Fuad Abd Latiff memberi penerangan ketika sidang media di Bukit Aman, hari ini. FOTO Bernama
Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Polis akan melancarkan Operasi Waran Tangkap Trafik (Op Warta) di seluruh negara bermula bulan depan bagi mengesan pesalah trafik tegar yang enggan melunaskan saman yang dikeluarkan waran oleh mahkamah.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata, tiada lagi tempoh rayuan diberikan kepada pesalah trafik berkenaan.

Beliau yang ditemui dalam sidang media di Bukit Aman menasihatkan orang ramai untuk menyemak rekod kenderaan masing-masing yang mempunyai rekod kesalahan trafik tertunggak di mana-mana balai trafik berhampiran.

Dalam perkembangan lain, Mohd Fuad berkata, dalam Op Roda yang dilancarkan sejak 12 Mac lalu, sebanyak 90,705 motosikal diperiksa dan 523 daripadanya disita.

Sebanyak 40,686 pemilik motosikal dikenakan saman atas pelbagai kesalahan seperti lampu brek tidak berfungsi, tidak mempunyai cermin sisi dan tiada cukai jalan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 4:50 PM