Ibu mangsa, Rosmayati Salleh, 39 (gambar kiri) dan mayat Che Muhammad Fakrul yang diletakkan di pengusung sebelum dibawa ke hospital. FOTO Khairul Hamizy Ramlee
Ibu mangsa, Rosmayati Salleh, 39 (gambar kiri) dan mayat Che Muhammad Fakrul yang diletakkan di pengusung sebelum dibawa ke hospital. FOTO Khairul Hamizy Ramlee
Oleh Khairul Hamizy Ramlee

Kuala Terengganu: Kanak-kanak berusia 12 tahun ditemui lemas selepas mandi di muara Sungai Kuala Ibai, di sini, kira-kira jam 2 petang tadi.

Mangsa, Che Muhammad Fakrul Danial Mohd Noor, dari Kampung Titian Baru, di sini, dibawa arus deras di muara terbabit tanpa sempat diselamatkan lapan rakan lain selepas beberapa minit mandi bersama.

Komander Operasi Penolong Bomba Kanan II Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Hisham Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.30 petang dan tiba di lokasi kejadian dengan empat anggota dan satu jentera dari Balai Bomba Kuala Terengganu.

Katanya, mayat mangsa ditemui di dasar muara kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa mandi selepas hampir sejam menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

"Kawasan ini kerap berlaku kejadian lemas dan kerana itu saya nasihatkan orang ramai terutamanya kanak-kanak supaya tidak mandi di kawasan muara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2015 @ 7:28 PM