BERFUNGSI sebagai bakul atau beg anyaman.
BERFUNGSI sebagai bakul atau beg anyaman.
ANTARA yang ada di Hari Kraf Kebangsaan 2015.
ANTARA yang ada di Hari Kraf Kebangsaan 2015.

Hari Kraf Kebangsaan sekali lagi menjadi medan kepada usahawan mengetengahkan produk kraf kebanggaan negara yang lebih komersil.

Ia mampu menjana ekonomi usahawan pelbagai kaum supaya lebih berdaya saing dengan konsep futuristik.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2015 yang berlangsung hingga 7 April ini.

Ia bagi mempromosikan industri kraf yang boleh dimanfaatkan kepada pengusaha dan pengunjung termasuk jualan kraf dan perkhidmatan perkahwinan, pameran dan jualan produk kraf rekaan baru, pameran produk kraf warisan serta demonstrasi kraf.

Penganjuran Hari Kraf Kebangsaan kali ke-13 ini disertai 638 usahawan kraf dari seluruh negara.

Bidang tekstil masih lagi mendominasi bilangan penyertaan iaitu seramai 255 usahawan kraf, diikuti 128 usahawan kraf hasil rimba, hasil tanah (52 usahawan), hasil logam (51 usahawan), aneka kraf (69 usahawan) dan 83 usahawan perkhidmatan perkahwinan.

Beberapa produk kraf yang bakal menjadi tumpuan ialah batik blok ‘discharge’, seramik claypot, periuk tembaga dan beg anyaman berasas mengkuang, bemban serta rotan.

Bagi memberi keselesaan kepada pengunjung, Kraftangan Malaysia menambah kemudahan tempat letak kereta dengan pengenalan 10 zon parkir di Jalan Conlay, Jalan Kia Peng, Jalan Stonor dan Jalan Binjai.

Perkhidmatan shuttle dari lokasi parkir juga turut disediakan. Maklumat lanjut di www.kraftangan.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2015 @ 5:03 AM