TUNKU Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim dan Che Puan Khaleeda Bustamam. FOTO Bernama
TUNKU Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim dan Che Puan Khaleeda Bustamam. FOTO Bernama
Oleh Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: Ibarat kisah dongeng, Che Khaleeda Bustamam yang juga orang kebanyakan dari Kuala Lumpur kini sah menjadi suri hati anak raja dari selatan tanah air, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim.

Beliau yang kini sah memakai gelaran sebagai Che Puan, keluar dari perkarangan Istana Bukit Serene di sini bersama Tunku Ismail dengan memakai pakaian sedondon berwarna putih kira-kira 12 tengahari tadi.

Pasangan berkenaan sempat melemparkan senyuman dan melambai ke arah wartawan serta jurugambar yang setia menunggu sejak awal pagi tadi.

Selain mempunyai raut wajah jelita, suri TMJ itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Taman Seri Gombak dari tahun 2000 hingga 2003 sebelum meneruskan pelajarannya di Sekolah St George's Hanover Square London hingga 2004.

Che Puan Khaleeda kemudian melanjutkan pelajarannya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 1:55 PM