Kuala Lumpur: PETRONAS melancarkan dua bahagian kempen komersial televisyen sempena Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix (PMGP) 2015 yang menonjolkan kejayaan syarikat petroleum negara membangunkan minyak dan pelincir untuk pasukan perlumbaan Mercedes AMG Petronas Formula One.

Pengurus Besar kanan, Kumpulan Komunikasi Strategik Petronas, Liz Kamaruddin berkata, 2014 adalah tahun PETRONAS memperkenalkan minyak Petronas Primax dan pelincir Petronas Syntium serta cecair hidrolik PETRONAS Tutela yang menjadikan teknologi rumusan cecair Petronas.

“Kejayaan ini adalah hasil penyelidikan selama tiga tahun dan kami bekerjasama dengan pasukan perlumbaan Mercedes AMG Petronas Formula One untuk mencipta kejayaan.

Kempen komersial berkenaan yang bertajuk How Far We Go menonjolkan Nico Rosberg dan Lewis Hamilton menceritakan kepada penonton mengenai kejayaan PETRONAS dalam Formula 1 dan membangunkan produk bertaraf global yang bukan saja memberi kebaikan kepada pasukan perlumbaan Mercedes AMG Petronas Formula One malah pelanggannya di seluruh dunia.

Tayangan pertama kempen komersial itu di televisyen bermula 13 Mac dan bahagian kedua pada 27 Mac. Kedua-dua bahagian itu juga boleh ditonton menerusi www.petmos.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 5:13 AM