DR Riza sediakan rawatan kecantikan wajah menyeluruh buat wanita.
DR Riza sediakan rawatan kecantikan wajah menyeluruh buat wanita.
1. MULAKAN dengan pembersihan wajah untuk membuang kotoran dan solekan, kemudian wajah pelanggan dibersihkan sekali lagi untuk pembersihan sempurna. Selepas itu, wajah diwap untuk pembersihan kulit serta menghindari pori muka tersumbat.

2.  INI diikuti penggunaan bahan untuk menanggalkan sel mati dan menggunakan alat yang dapat menyalurkan oksigen ke kulit wajah secara perlahan. Ia membuatkan wajah terasa segar.
2. INI diikuti penggunaan bahan untuk menanggalkan sel mati dan menggunakan alat yang dapat menyalurkan oksigen ke kulit wajah secara perlahan. Ia membuatkan wajah terasa segar.
3. RAWATAN microdermabarasion menggunakan serum menerusi mesin ultrabunyi. Ia meningkatkan aktiviti sel kulit dan membantu penyerapan serum ke bahagian dalam kulit.
3. RAWATAN microdermabarasion menggunakan serum menerusi mesin ultrabunyi. Ia meningkatkan aktiviti sel kulit dan membantu penyerapan serum ke bahagian dalam kulit.
4. WAJAH diurut sebelum sapuan masker muka yang memberi pelbagai manfaat bergantung kepada jenis masker dan masalah kulit.
4. WAJAH diurut sebelum sapuan masker muka yang memberi pelbagai manfaat bergantung kepada jenis masker dan masalah kulit.
5. INFUSI oksigen menggunakan jet oksigen untuk mengalirkan oksigen diletakkan pada wajah. Alirkan oksigen dan oksigen murni (98 peratus) dapat dihirup bersama nano peptide. Gunakan penyegar dan pelembap mengikut kesesuaian jenis kulit, diakhiri dengan krim pelindung matahari SPF 50.

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Semakin bertambah usia membuatkan kulit wajah memerlukan penjagaan rapi terutama bagi mereka yang sering terdedah dengan cuaca panas, penyaman udara dan udara kurang bersih.

Selain itu, kemasukan oksigen dan nutrien ke kulit yang semakin berkurang juga boleh menyebabkan dehidrasi kulit.

Bagi wanita yang mementingkan penampilan diri, perkara ini sering menjadi kebimbangan utama mereka. Ini kerana, masalah seperti cela hitam, jerawat, kulit kusam dan pigmentasi bukan sekadar menjejaskan penampilan malah menghakis keyakinan diri.

Tanda kulit kekurangan oksigen apabila timbul kedut halus dan kulit tampak kusam yang seharusnya diberi perhatian.

Seiring perkembangan zaman, banyak pusat kecantikan menawarkan pelbagai rawatan wajah menggunakan teknologi tinggi tanpa memerlukan suntikan atau prosedur menyakitkan atau membelanjakan ribuan ringgit untuk kelihatan menawan.

Salah satu terapi wajah yang baik untuk meremajakan kulit adalah rawatan muka oksigen. Prosedur bukan perubatan ini tidak memerlukan suntikan atau penggunaan sebarang bahan kimia.

Pemilik Butik Kecantikan Ariana Ming (AM Beauty) Dr Riza Hartini Razali berkata, rawatan muka oksigen amat efektif untuk merawat kulit kusam, tidak bermaya dan kering yang sesuai dilakukan semua peringkat usia.

Oksigen mampu merangsang pernafasan kulit. Dengan bertambahnya bekalan oksigen pada kulit dan tubuh, metabolisme tubuh akan terangsang untuk menghilangkan kesan toksin dan radikal bebas serta dapat melancarkan regenerasi sel.

Oksigen juga mampu merangsang tumbuhnya sel kulit baru, justeru kulit akan kelihatan lebih muda dan cerah.

“Pada masa sama, bekalan oksigen yang tertumpu pada bahagian wajah mampu melancar peredaran darah di bawah kulit. Ia membuatkan kulit wajah menjadi lebih lembap dan mulus, kulit wajah lebih bercahaya, bersih dan tampak muda kembali.

“Rawatan ini mempunyai pelbagai manfaat kecantikan. Mengambil masa selama satu jam 30 minit, rawatan ini turut berfungsi melancarkan aliran darah untuk kesegaran kulit, mencerah dan melembapkan kulit,” katanya.

Sebelum rawatan oksigen bermula, wajah pelanggan dibersihkan untuk memastikan ia bebas daripada kotoran dan solekan.

Selepas pembersihan wajah, satu mesin khas digunakan untuk menyerap masuk oksigen terus ke dalam liang kulit.

Oksigen yang digunakan biasanya ditambah dengan beberapa suplemen yang baik untuk kulit seperti serum untuk membantu kulit kekal anjal dan mengurang atau menghilangkan garis halus dan kedutan pada wajah.

Prosedur ini tidak menyakitkan dan ia membekalkan oksigen ke dalam kulit supaya boleh bertindak lebih pantas untuk kecantikan dan kesihatan kulit wajah.

Sebagai tambahan, perawatan kulit microdermabrasion iaitu proses pengelupusan lapisan epidermis secara perlahan-lahan juga boleh dilakukan bagi menggalakkan pertumbuhan dermis yang lebih tebal dan sihat.

Dr Riza berkata, rawatan ini juga menjadikan kulit kurang kusam dan lebih bermaya di samping melicin serta menyegarkan kulit.

Penggunaan vakum dalam sistem ini juga membantu untuk meningkatkan peredaran darah di kulit.

Pusat kecantikan yang terletak di Plaza Usahawan, Jalan Danau Niaga 1, Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur itu menawarkan rawatan oksigen pada harga berpatutan iaitu RM288 dan untuk percubaan hanya RM98.

Lebih menarik, AM Beauty yang dibuka sejak setahun lalu menawarkan perkhidmatan profesional oleh doktor perubatan bertauliah yang pastinya menjamin keselamatan dan kebersihan tanpa keraguan terhadap kesan sampingan seperti sesetengah pusat kecantikan.

Bagi menjamin kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan, Dr Riza berkata, rawatan hanya akan diberikan selepas kulit dianalisis bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi pelanggan.

“Jenis rawatan bergantung kepada keadaan kulit yang sudah dianalisis. Dalam usaha memastikan rawatan yang diperoleh berkesan atau sebaliknya, kami akan sentiasa mengikuti perkembangan pelanggan.

“Kebanyakan rawatan saya lakukan sendiri dengan dibantu beberapa pekerja saya yang terlatih dan berkelayakan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 1:02 PM