FALCAO ketika kecil bersama ayah.
FALCAO ketika kecil bersama ayah.

Dari saat dia dilahirkan, Radamel Falcao (gambar) mungkin sudah ditakdirkan menjadi pemain bola sepak. Diberi nama selepas Brazil mencipta kejayaan gemilang pada Piala Dunia 1982 dan anak bekas pemain Falcao terbabit dalam permainan menarik itu.

Di awal pembabitan, dia menghabiskan masa di sekitar Colombia dan Venezuela dengan bapanya, Radamel Garcia yang mengembangkan karier di negara itu. Berada di luar padang, Falcao hadir memberi sokongan, memerhati, meniru dan belajar apa dilihatnya.

Pengaruh Radamel menjadi asas permainan Falcao. Selaku pemain pertahanan, dia melatih Falcao seperti seorang musuh. Penyerang terbabit mendidik anaknya selama beberapa tahun dengan penuh dedikasi, pengorbanan dan profesionalisme.

Radamel bertanggungjawab terhadap karier anaknya termasuk kontrak pertama Falcao sebagai pemain profesional bernilai £50 seminggu (RM261) sebelum membuat penampilan pertama bersama kelab divisyen dua Colombia di awal usia 13 tahun. Falcao memegang rekod pemain termuda hingga kini.

Falcao kemudian muncul salah satu penyerang paling prolifik di dunia, pemain ditugaskan membantu Manchester United muncul semula sebagai satu daripada pasukan terbaik Eropah.

Selepas lima belas tahun membuat penampilan pertama, namanya menjadi sebutan ramai. Louis van Gaal pantas menyambarnya daripada kelab Monaco untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris. Ia ujian terbesar Falcao namun ketika duduk di salah sebuah bar yang baru dibuka di utara ibu negara Colombia, Bogota, Radamel mendedahkan anaknya kini sudah berjaya di Old Trafford.

Salasilah keluarga Falcao adalah dari keturunan Inggeris. "Saya bangga mempunyai darah keturunan Inggeris," kata Radamel. 'Datuk saya bangsa Inggeris dan seorang ahli sukan.'

Daniel rakan kongsi perniagaannya, tersenyum sinis dengan komen diberikan. Mudah memahaminya. Seperti anaknya, Radamel dilahirkan di Santa Marta, bandar sama dengan pemain hebat Colombia, Carlos Valderrama dilahirkan.

Dia gagal menyebut dengan fasih beberapa perkataan Inggeris ketika menceritakan sejarah pemain muda dari Yorkshire datang ke Colombia di waktu perang dunia sebelum jatuh cinta dengan wanita tempatan dan mempunyai lima anak. Salah seorang daripadanya adalah Denis, nenek Falcao.

Beberapa dekad selepas itu Radamel berkunjung ke Kedutaan British meminta pasport untuk anaknya yang ketika itu akan beraksi untuk River Plate.

"Falcao berusia kira-kira 13 tahun ketika itu dan saya pergi ke kedutaan dan berfikir bahawa pasport British akan membantu berpindah ke Eropah. Malangnya ia ditolak,' kata Radamel.

Moyangnya, George King, salah seorang dari keluarga Garcia namun hubungannya yang terlalu jauh dengan Falcao bagi membolehkannya diberikan kerakyatan British kerana itu Falcao kehilangan peluang beraksi untuk England.

Radamel berkata, zaman kanak-kanak anaknya banyak dipengaruhi oleh karier bola sepaknya. Menyaksikan bapanya mengembangkan karier selama beberapa bulan, Falcao menjadi seorang pemain tahan lasak dan pantas beraksi.

"Padang di Santa Marta dipenuhi batu. Saya masih ingat Falcao pulang ke rumah dengan kaki berdarah kerana terjatuh atau tersepak batu. Namun semuanya tidak dipedulikan dan dia masih mahu bermain,' kata Radamel.

Dia terus bermain dengan kanak-kanak yang jauh lebih besar dan tidak mempedulikan kesakitan dialami Falcao pada peringkat awal. Keadaan itu mungkin membantunya mengatasi tiga kecederaan lutut serius dialami ketika mewakili River Plate dan Monaco.

Ketika berusia lima tahun, Falcao meninggalkan kawan-kawannya apabila keluarganya berpindah ke Venezuela. Bagi seorang kanak-kanak mentah seperti Falcao, bola sepak di negara itu tidak popular.

"Saya masih ingat satu hari dia datang kepada saya dengan hidung berdarah apabila seorang kanak-kanak membaling bola terkena pada mukanya," kata Radamel. "Dia merayu kepada saya mengajarnya bagaimana bermain besbol, sukan utama di Venezuela. Bagi mengelakkan kanak-kanak lain mentertawakan dirinya, pada malam kami mula berlatih."

Falcao kemudiannya menyertai pasukan sekolah dan jurulatihnya merayu kepada Radamel untuk membenarkan anaknya terus bermain kerana kagum dengan potensi yang dimiliki.

Namun Radamel kemudian mengarahkan Falcao kembali bermain bola sepak dan ketika keluarganya pulang ke Colombia pada 1995, anak muda itu memulakan kariernya dalam bola sepak secara serius.

Selepas mencuba beraksi bersama dua pasukan besar di Bogota, Santa Fe dan Millonarios, dia diberi bimbingan sebagai pemain sayap oleh Radamel yang kini menjadi jurulatih pasukan remaja di La Gaitana.

"Untuk menjadi juara di atas padang anda juga perlu menjadi juara di luar," ia adalah moto pasukan Fair Play.

Memakai jersi bernombor 10 yang juga nombor jersi idolanya, Maradona, karier Falcao sejak itu mula berkembang.

Dia menjaringkan 56 gol pada 1997 dan menolak tawaran AS$200,000 (RM652,000) untuk berpindah ke Ajax Amsterdam kerana menurut bapanya 'ia bukan waktu sesuai' sekalipun membuat penampilan di pentas profesional selepas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 5:03 AM