Penyerang Rayo, Radamel Falcao beraksi dalam saingan La Liga. FOTO EPA
Penyerang Rayo, Radamel Falcao beraksi dalam saingan La Liga. FOTO EPA
AFP

Madrid: Penyerang Rayo Vallecano, Radamel Falcao terpaksa disisihkan tiga hingga empat minggu kerana kecederaan paha umum kelab Sepanyol itu.

"Laporan pasukan staf perubatan Rayo Vallecano mendapati pemain skuad utama, Radamel Falcao mengalami kecederaan koyak pada tisu paha kanan," menurut kenyataan kelab itu.

"Dia dijangka menjalani rawatan antara tiga hingga empat minggu."

Falcao, 35, memberikan impak besar sejak ditandatangani Rayo dengan perpindahan percuma pada musim panas, menjaringkan lima gol dalam tujuh penampilan.

Aksinya membantu Rayo kembali kepada permulaan baik dalam saingan La Liga. Rayo berada di tangga keenam selepas 13 perlawanan.

Falcao juga dijangka terlepas aksi kelayakan Piala Dunia buat skuad Colombia berdepan Brazil dan Paraguay dalam tempoh rehat antarabangsa akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 November 2021 @ 8:46 AM