KONTRAK Guardiola dengan Bayern tamat  Jun 2016.
KONTRAK Guardiola dengan Bayern tamat Jun 2016.
AFP

Berlin: Pep Guardiola hanya akan memutuskan masa depannya bersama Bayern Munich hujung musim ini dan menafikan khabar angin mengenai perpindahan ke Manchester City.

Guardiola diramal calon utama menggantikan jurulatih City Manuel Pellegrini, namun pengendali dari Sepanyol itu menafikan semua spekulasi itu.

“Saya tidak menerima atau menanti sebarang tawaran. Saya amat gembira di sini kerana ini sebuah kelab hebat.

“Saya ingin memenuhi kontrak dan melakukan tugas sebaik mungkin, itulah yang saya fikirkan ketika ini.

“Baki kontrak saya masih ada setahun setengah. Kami akan berbincang mengenainya pada musim panas ini,” kata jurulatih berusia 44 tahun itu.

Pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge sudah menyatakan mahu menyambung kontrak Guardiola secepat mungkin.

Kontrak semasa pengurus dari Sepanyol itu berakhir pada Jun 2016.

Guardiola memenangi empat kejuaraan pada musim sulung kendaliannya musim lalu dan berada pada landasan terbaik mengemudi Bayern merangkul kejuaraan Bundesliga kali ketiga berturut-turut.

Selepas memenangi Liga Juara-Juara dua kali bersama kelab terdahulu Barcelona, Guardiola terdesak membawa trofi itu ke Bavaria selepas tewas pada separuh akhir musim lalu di tangan juara Real Madrid.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 8:35 AM