EMPAT individu  termasuk seorang bookie nombor ekor ditahan di kawasan padang awam di Setapak.
EMPAT individu termasuk seorang bookie nombor ekor ditahan di kawasan padang awam di Setapak.
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Kalidevi Mogan

Kuala Lumpur: Satu sindiket pertaruhan haram dikesan menjadikan kawasan padang bola di Setapak, di sini sebagai ‘markas judi terbuka’ bagi mengumpul pertaruhan haram sejak hampir sebulan lalu.

Harian Metro difahamkan, sindiket itu menempatkan dua bookie di kawasan padang itu berbekalkan satu telefon bimbit dan buku catatan untuk menunggu pelanggan.

Ahli sindiket ini akan menerima pertaruhan daripada kaki judi bermula jam 12 tengah hari hingga 6.30 petang setiap hari.

Pertaruhan bermula serendah RM1 hingga ribuan ringgit mengikut kehendak pembeli.

Bagaimanapun, tindakan licik mereka berakhir jam 3 petang kelmarin apabila dua bookie dan dua kaki judi berusia antara 45 hingga 69 tahun ditahan dalam serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju diketuai Inspektor Khairul Fairoz.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2015 @ 7:08 AM