Tahun 2014 memberi makna besar kepada aktres jelita, Shraddha Kapoor dan kejayaan yang dicapainya itu berterusan sehinggalah tahun ini.

Selepas kejayaan lakonannya dalam filem Galliyan Ek Villain dan Haider, Shraddha terus meniti jalan yang mudah dan gemilang di Bollywood.

Berikutan kejayaannya itu, Shraaddha tersenarai dalam Forbes India ‘list of 30 under 30’ .

Bakat dan kesungguhannya mula mendapat perhatian dan penghargaan di India. Dia juga mencipta sejarah peribadi apabila jarang aktres yang dicalonkan untuk berada dalam senarai itu.

“Saya tidak menyangka akan mendapat penghargaan yang begitu besar dan ini membuatkan saya semakin bersemangat untuk memberi yang terbaik. Segala yang berlaku pada 2014 dan awal tahun ini, sesuatu yang pernah saya impikan dan akhirnya menjadi kenyataan,” katanya.

Selain berbakat besar dalam bidang lakonan, peminat Hindi juga mengetahui yang aktres itu memiliki suara merdu dan ini dibuktikannya menerusi nyanyiannya dalm dalam filem Galliyan in Ek Villian.

Pada waktu terdekat, Shraddha akan muncul sebagai penari utama dalam filem lakonan terbarunya arahan Remo D’Souza’s berjudul ABCD 2 yang turut dilakonkan Varun Dhawan dan Prabhudheva.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Februari 2015 @ 9:45 AM