BEKAM moden boleh dilakukan di bahagian muka.
BEKAM moden boleh dilakukan di bahagian muka.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Berbekam adalah satu kaedah perubatan cara kuno untuk mengeluarkan darah berlebihan atau darah bertoksin dan angin daripada badan seseorang, malah kaedah ini masih diamalkan oleh masyarakat di negara ini.

Dalam Islam sendiri, berbekam atau hijamah adalah sejenis perubatan sunah yang mampu me-ngubati pelbagai jenis pe-nyakit di dalam jasad.

Seiring perkembangan zaman, penemuan kaedah moden yang lebih bersih dan berkesan dalam proses rawatan bekam tidak memerlukan pesakit membotakkan atau mencukur kepala.

Berpengalaman hampir 30 tahun dalam industri ini, pengasas Rumah Sihat Bekam, Nor Zakiah Abdul Raof, 49, berkata, berbekam dalam kalangan lelaki sememangnya tidak asing lagi dalam masyarakat Islam di negara ini.

Namun katanya, semakin hari ramai wanita yang mula mendapatkan rawatan bekam untuk pelbagai masalah kesihatan membabitkan wanita seperti senggugut ketika datang haid, jerawat, resdung, migrain dan masalah kesuburan.

Katanya, terdapat dua jenis senggugut iaitu jenis utama atau jenis bawaan kelainan pada alat pelvis dan jenis sekunder yang berpunca daripada keadaan yang tidak normal dan berasa sakit.

Jenis kedua ini disebabkan inflamasi pada alat pelvis, tumor pada rahim atau ovari atau sekatan pada salur ovum. Sekatan mungkin disebabkan parut luka pembedahan atau tumor kecil pada salur rahim yang sering terdapat pada pangkal rahim.

“Poin bekam dapat mencabut angin yang menyebabkan gangguan senggugut pada rahim ketika bermulanya haid. Berbekam pada waktu yang tepat, insya-Allah dapat membantu pesakit menghadapi senggugut, malah ada antara pesakit sembuh sepenuhnya dan bebas daripada masalah ini setiap bulan,” katanya.

Begitu juga dengan migrain, pesakit akan mengalami gejala sakit kepala yang sangat teruk dan ada kalanya akan berasa loya dan muntah. Serangan akan berterusan selama beberapa jam dan kemudian berhenti sendiri membuat pesakit lesu.

Penyakit ini boleh bermula pada sebarang usia, kadangkala ketika kanak-kanak. Apabila sudah mengalaminya sekali, penyakit ini akan berterusan beberapa tahun lamanya.

“Untuk membantu pesakit menghilangkan penyakit migrain ini, keadaah bekam amat berkesan. Rasululallah SAW ada berpesan kepada umatnya agar berbekam jika diserang pe-nyakit ini.

“Di sini, dengan izin-Nya ratusan pesakit dapat dibantu melalui kaedah berbekam. Kami menyediakan teknik berbekam di bahagian kepala tanpa mencukur rambut dan pesakit masih dapat mengekalkan gaya rambut selepas berbekam,” katanya.

Apa yang penting, katanya, dia bersama suami, Mohammad Yunus Sahari, 51, sentiasa memastikan kebersihan di tempat rawatan, malah lebih 10,000 pelang-gan yang mendapatkan rawatan di pusat rawatan berkenaan sejak beroperasi tujuh tahun lalu berpuas hati dengan khidmat yang ditawarkan.

Rawatan dijalankan di atas katil untuk keselesaan pesakit dan sentiasa dipastikan kebersihannya selain penggunaan sarung tangan getah (pakai buang) bagi mengelak jangkitan kuman.

Pusat bekam itu turut memisahkan bilik rawatan untuk wanita dan lelaki bagi menjaga aurat antara kedua-duanya.

“Cawan bekam yang berinjap ditekapkan ke bahagian badan yang hendak dibekam menggunakan pam tangan atau mesin penyedut. Kaedah bekaman ini lebih selesa dan selamat kerana kekuatan sedutan boleh dikawal mengikut keadaan seseorang pesakit,” katanya.

Selepas itu, lubang kecil di permukaan kulit dibuat menggunakan alat yang dikenali sebagai striker. Alat itu sebesar pen yang mempunyai jarum khas untuk menghasilkan liang halus pada permukaan kulit tanpa menyebabkan kesakitan.

Nor Zakiah berkata, kelebihan menggunakan striker berbanding jarum yang dicucuk dengan ta-ngan adalah penghasilan liang yang halus. Justeru, tiada risiko untuk mendapat kecederaan salur darah vena atau saraf bawah kulit, membolehkan kaedah rawatan bekam hydro terapi moden dilakukan di muka, hidung dan kelopak mata.

“Semua bahagian tubuh badan boleh dibekam termasuk muka, tangan dan kaki.

“Antara keistimewaan bekam cara moden ialah penggunaan krim yang tidak memerlukan rambut dicukur jika bekam di kepala terutama pesakit migrain,” katanya.

Pusat bekam itu turut mengalu-alukan mereka yang berminat untuk me-ngikuti kursus profesional bekam moden pada harga berpatutan dan kursus itu turut disertai latihan amali untuk peserta bagi memberi pendedahan kepada mereka hingga berjaya menjadi jurubekam profesional.

Mereka yang berminat menghadiri kursus boleh menghubungi ibu pejabat Rumah Sihat Bekam menerusi e-mel ke [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 5:05 AM