SHAJARATUL Dur menunjukkan bunga tangan yang dihasilkannya.
SHAJARATUL Dur menunjukkan bunga tangan yang dihasilkannya.
1. BAHAN utama bunga tiruan, kerongsang, manik, pita pelekat, buluh kecil, gunting dan dawai halus.
1. BAHAN utama bunga tiruan, kerongsang, manik, pita pelekat, buluh kecil, gunting dan dawai halus.
2. POTONG besi yang terdapat pada kerongsang.
2. POTONG besi yang terdapat pada kerongsang.
3. AMBIL buluh kecil kemudian sambung pada bahagian kerongsang kemudian dililit menggunakan pita pelekat.
3. AMBIL buluh kecil kemudian sambung pada bahagian kerongsang kemudian dililit menggunakan pita pelekat.
4. CANTUMKAN kerongsang dan bunga plastik menjadi gubahan yang indah.
4. CANTUMKAN kerongsang dan bunga plastik menjadi gubahan yang indah.
5. PASTIKAN cantuman anda berbentuk bulat dan rapat di antara satu sama lain. Kekemasan dapat dilihat menerusi teknik cantuman kerongsang dan bunga.
5. PASTIKAN cantuman anda berbentuk bulat dan rapat di antara satu sama lain. Kekemasan dapat dilihat menerusi teknik cantuman kerongsang dan bunga.
6. UNTUK lebih berseri, ikat reben besar pada bahagian hujungnya. Pastikan batang pemegangnya dililit dengan pita pelekat putih.
6. UNTUK lebih berseri, ikat reben besar pada bahagian hujungnya. Pastikan batang pemegangnya dililit dengan pita pelekat putih.
7. SIAP sedia untuk diberikan kepada mempelai.
7. SIAP sedia untuk diberikan kepada mempelai.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Langkah mempelai menuju singgahsana seakan tidak lengkap tanpa jambangan bunga di tangan. Walaupun penampilan sudah sempurna, bunga tangan dapat menambah keserian pasangan pada hari bahagia.

Tidak kurang hebatnya fungsi bunga tangan kerana ia juga dapat mengurangkan gementar selain mewujudkan rasa tenang sementara menunggu kedatangan si dia. Ini kerana bunga tangan mampu mempamerkan bahasa tubuh yang positif, sekali gus menggeluarkan aura ceria dalam diri pasangan.

Pada era 1990-an, bunga tangan menggunakan bunga segar mula mengambil alih pasaran. Ia menjadi pilihan kerana keindahan dan keharumannya yang tersendiri berbanding bunga plastik atau tiruan yang digunakan sejak zaman-berzaman.

Dengan kehadiran penggubah yang semakin kreatif maka terhasillah pelbagai rekaan bunga tangan yang lebih moden dan versatil sehingga bunga tangan tidak lagi sinonim dengan jambangan bunga segar sebaliknya diperbaharui menerusi bahan seperti kerongsang, manik, fabrik felt dan batu permata.

Menurut penggubah hantaran dan juga pereka kraf tangan Shajaratul Dur Ismail, 35, terdapat pelbagai faktor pemilihan jenis bunga tangan untuk mempelai. Selain tahan lama bunga yang mudah dipegang menjadi pilihan raja sehari.

"Jika dulu kebanyakan mempelai memilih bunga segar, tetapi kini rekaan menggunakan bunga tiruan, manik dan kerongsang semakin mendapat tempat. Ini kerana gubahan jenis ini lebih ringan jika dibandingkan dengan bunga segar. Ia tahan lebih lama serta boleh disimpan atau dijadikan hiasan meja," katanya.

Penghasilan bunga tangan berasaskan kerongsang, manik dan bunga tiruan ternyata menarik minat mempelai kerana apabila digabungkan ia menjadi jambangan yang sangat indah. Ia bukan saja disebabkan kelainan bahan, tetapi juga pemilihan warna yang sinonim untuk pasangan raja sehari.

"Kebiasaannya warna lembut seperti merah jambu, ungu dan krim dipilih kerana sesuai dipadankan dengan semua warna busana. Apabila digayakan ia akan mewujudkan keanggunan tersendiri terutama ketika bersanding dan sesi bergambar," katanya.

Bijak menghasilkan rekaan menerusi idea kreatif, Shajaratul juga turut menghasilkan gubahan hantaran serta bunga pahar berasaskan songket dan kain tenun.

"Saya sangat mementingkan kualiti dalam penghasilan produk. Biarpun mempunyai pekerja, mereka hanya ditugaskan menyediakan keperluan bahan selebihnya kerja menghias atau melakukan sentuhan terakhir masih dilakukan saya sendiri," katanya yang mempunyai pelanggan dalam kalangan orang kenamaan dan istana termasuk pelancong asing.

Dia juga akui sangat terkejut apabila bunga tangan dan bunga telur songket mendapat perhatian pelancong asing. Selain teruja, mereka sangat menghargai hasil kerja tangan yang disifatkan terlalu kreatif dan wajar diberi penghormatan.

"Di luar negara bahan kraf tangan mendapat perhatian dan dijual pada harga yang sangat mahal. Sebab itu ada yang sanggup membeli di sini semata-mata ingin menyimpan sebagai kenangan dan ada juga untuk diberikan kepada rakan dan saudara-mara," katanya yang memasang impian ingin memasarkan produk Shajaratul Design ke luar negara.

Bagi mendapatkan koleksi terbaru bunga pahar, bunga tangan dan hantaran boleh melayari laman sesawang www.shajaratul.com atau Facebook Shajatarul.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 5:04 AM