1. SEDIAKAN bahan.
1. SEDIAKAN bahan.
2. GUNTING hujung dahan secara menyerong untuk memudahkannya menyerap air.
2. GUNTING hujung dahan secara menyerong untuk memudahkannya menyerap air.
3. SUSUN bunga peacock secara menyilang. Kemudian, letakkan bunga mawar di bahagian tengah susunan bunga peacock.
3. SUSUN bunga peacock secara menyilang. Kemudian, letakkan bunga mawar di bahagian tengah susunan bunga peacock.
4. TERUSKAN susunan bunga mawar dan peacock secara bersilang hingga habis.
4. TERUSKAN susunan bunga mawar dan peacock secara bersilang hingga habis.
5. GUNAKAN pita pelekat untuk mengikat dahan pada gubahan bagi mengekalkan kekemasan dan susunanya.
5. GUNAKAN pita pelekat untuk mengikat dahan pada gubahan bagi mengekalkan kekemasan dan susunanya.
6. BALUT hujung dahan dengan kapas kering.
6. BALUT hujung dahan dengan kapas kering.
7. AMBIL kertas aluminium dan balut keseluruhan kapas sebelum dilekat menggunakan pita pelekat.
7. AMBIL kertas aluminium dan balut keseluruhan kapas sebelum dilekat menggunakan pita pelekat.
8. TAMBAH seri gubahan bunga tangan dengan kertas pembalut hadiah.
8. TAMBAH seri gubahan bunga tangan dengan kertas pembalut hadiah.
9. GUBAHAN bunga tangan siap untuk diberikan kepada insan istimewa.
9. GUBAHAN bunga tangan siap untuk diberikan kepada insan istimewa.
10. ANITA menunjukkan hasil gubahan bunga tangan yang siap digubah.
10. ANITA menunjukkan hasil gubahan bunga tangan yang siap digubah.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Jambangan bunga mampu memberikan senyuman di bibir penerimanya. Tidak kira apa saja alasan ia diberi sama ada ketika hari konvokesyen, sambutan kelahiran ataupun sebagai ucapan terima kasih kepada insan tersayang, ia memberi seribu makna yang indah.

Lebih manis dan bermakna jika jambangan bunga yang diberi kepada insan tersayang digubah sendiri. Bagi anda yang mahu membuat sendiri gubahan bunga tangan yang menarik, ikuti langkah ditunjukkan penggubah bunga Centa Asmara, Anita Ngalim.

Jika mahu memastikan gubahan tampak segar dan tahan lebih lama, sebaiknya pilih bunga mawar yang diimport kerana bunga jenis itu memiliki dahan yang lebih tebal kerana ia boleh membantu menyimpan bekalan air yang mencukupi.

“Sebelum memulakan gubahan, pastikan duri dan daun yang terdapat pada dahan bunga mawar dibuang bagi memastikan proses penyerapan air berlaku dengan lancar.

“Selepas itu, rendam bunga 15 hingga 30 minit bagi memastikan kuntuman bunga segar dan kembang sebelum digubah. Pastikan gubahan bunga utama yang digunakan seperti mawar disusun lebih tinggi daripada bunga peacock untuk menonjolkan kecantikannya,” katanya.

Pada masa sama, pastikan kapas basah mengandungi bekalan air mencukupi dan dibalut dengan kertas aluminium. Penggunaan kertas aluminium berbanding plastik untuk dibalut pada keseluruhan kapas berfungsi untuk menyejukkan dahan bunga di samping memantulkan sinaran cahaya matahari.

Bagi menambah seri pada gubahan bunga tangan, gunakan kertas pembalut hadiah dengan tiga warna berbeza. Kemudian, bentukkan seperti bintang sebelum membungkus bahagian luar gubahan bunga tangan.

Tonjolkan gubahan yang lebih eksklusif dengan penggunaan kertas pembalut hadiah jenis crepe Jepun berkilau. Selamat mencuba.

BAHAN:

-Bunga peacock ungu, bunga mawar, reben, stapler, kapas, kertas aluminium, pita pelekat, gunting, kertas pembalut hadiah dengan tidak warna berbeza.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2015 @ 10:51 AM