Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra perkenan menyaksikan penyerahan replika cek peruntukan kerajaan kepada Kelantan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha (kanan) kepada Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi di Majlis Multaqa Murabbi Ummah. Turut hadir, Asyraf Wajdi (dua dari kanan). FOTO Syamsi Suhaimi

Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM75.5 juta kepada kerajaan negeri untuk membayar imbuhan imam, elaun guru KAFA dan Takmir sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, melalui peruntukan itu, sejumlah RM8.8 juta imbuhan dibayar kepada 862 imam, RM64.2 juta elaun kepada guru KAFA dan RM2.5 juta elaun kepada 267 guru Takmir.

Katanya, sejumlah RM529,000 diperuntukkan bagi membayar imbuhan kepada bilal dan siak di negeri ini sepanjang tahun ini.

"Peruntukan yang diberi melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu adalah sebahagian daripada RM549.6 juta yang disediakan Kerajaan Persekutuan untuk aktiviti memakmurkan masjid dan Pendidikan Islam ke seluruh negara.

"Kerajaan menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui Bajet 2017 mengumumkan kenaikan RM100 elaun guru KAFA dan imam yang masing-masing sebanyak RM900 dan RM850," katanya di Majlis Multaqa Murabbi Ummah peringkat negeri, di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2017 @ 5:50 PM