GAMBAR fail menunjukkan seorang wanita memberi makan kepada seekor beruang di Zoo Qalqilya di Tebing Barat. - Agensi
GAMBAR fail menunjukkan seorang wanita memberi makan kepada seekor beruang di Zoo Qalqilya di Tebing Barat. - Agensi

Tebing Barat: Seekor beruang membaham seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun hingga menyebabkan tangan mangsa putus sebelum haiwan itu memakannya.

Kejadian berlaku di Zoo Qalqilya di bandar Qalqilya di Tebing Barat, Palestin.

Jurucakap polis berkata, kanak-kanak terbabit menghampiri kandang beruang itu dengan membawa makanan yang hendak diberikan kepada haiwan berkenaan.

“Beruang itu menyerangnya menyebabkan tangan kanak-kanak itu terputus dari paras siku. Beruang itu kemudian memakan tangan mangsanya,” kata jurucakap itu.

Mangsa kini dirawat di sebuah hospital tempatan.

Zoo itu, satu-satunya di Tebing Barat, dibina pada 1986 dan kini menempatkan kira-kira 170 haiwan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2017 @ 10:11 AM