ANTARA himpunan musim cuti yang menyerlahkan impak futurisme.
ANTARA himpunan musim cuti yang menyerlahkan impak futurisme.
JAMES Boehmer tekankan tiada betul atau salah dalam solekan.
JAMES Boehmer tekankan tiada betul atau salah dalam solekan.
NARS raikan ulang tahun ke-20 dengan koleksi gincu Audacious dalam 30 variasi warna.
NARS raikan ulang tahun ke-20 dengan koleksi gincu Audacious dalam 30 variasi warna.
Oleh Nor Faizah Mohamed


Lari seketika daripada riasan wajah minimalis dan semula jadi kerana trend solekan musim cuti di NARS lebih klasik juga 'narsistik'.

Biarpun kanvas wajah diolah seakan-akan me­ngenakan solekan tipis, keseluruhan persembahan yang dilatari himpunan musim luruh dan dingin ini tercetus daripada pertembungan era lampau dan rentak terkini yang sama sekali jauh daripada ilham pesona riasan biasa.

Menerusi sesi pengenalannya oleh Pengarah Artistry Global NARS James Boehmer, olesan bagi himpunan ini mengete­ngahkan aspek kelebihan pada wajah sendiri ­dengan elemen bebas tanpa kekangan yang lazimnya hadir klise pada setiap musim.

Jelas Boehmer, solekan bagi musim cuti ini tidak skeptikal pada gaya muram serta rona tanah seperti trend musim luruh dan dingin kerana ia lebih kepada riasan campuran antara ciri terkini, nakal serta glamor.

"Saya sering tekankan tiada betul atau salah dalam solekan. Namun, ia bergantung kepada personaliti, keberanian dan usaha seseorang wanita untuk menonjolkan riasan yang sesuai dengan diri­nya.

"Ada yang rasa ia keterlaluan, ada pula yang menggemarinya. Semua­nya terpulang pada gaya individu terbabit.

"Sebagai jurusolek, saya mungkin boleh mencadangkan gaya yang sesuai dengan bentuk wajah dan ton kulit anda tapi hasilnya bergantung kepada diri anda sendiri sama ada selesa serta suka dengan riasan itu atau sebaliknya.

"Jangan ambil serius mengenai mekap. Tidak perlu mengoles jika anda tidak me­nyukainya.

"Selain itu, jadi lebih realistik setiap kali bersolek. Sasarkan untuk menjadikan penampilan lebih baik berbanding biasa dan bukannya menjadi individu lain," katanya.

Dicipta dan diba­ngunkan oleh pengasas merangkap Pengarah Kreatifnya, Francois Nars, koleksi musim cuti ini menandakan kehadiran rona godaan antaranya merah rivet, neutral-neo dan metalik.

Daria Strokous bertindak sebagai wajah kempennya yang menggabung­kan impak futurisme, reka bentuk dan keindahan semula jadi wanita.

Kulit bercahaya dengan olesan Optimizing Primer SPF15 menjadi nadi dalam menghasilkan lakaran kanvas wajah yang menarik.

Bedak asas Siberia All Day kemudian disapu lembut yang memberikan hasil ton seimbang pada keseluruhan wajah.

Pembayang mata Hardwired rona Opal Coast (putih kemilau) disapu sebagai asas untuk ­riasan mata sebelum diadun ­dengan warna lain seperti Canberra (lavender gelap) dan Gabon (hijau gangsa).

Serlahkan lagi kelopak mata dengan penggaris mata Via Veneto Larger Than Life lalu lentikkan bulu mata dengan dua olesan maskara Larger Than Life.

Seterusnya, tampilkan pipi sihat dengan pemerah Almeria Blush yang menonjolkan rona mawar gelap.

Kata Boehmer, penggunaan pembayang mata akan lebih menyerlah apabila disertakan bersama penggaris mata tebal.

"Ia sesuai untuk ­solekan smokey atau lembut. Ia bukan saja membuatkan solekan di mata lebih menarik malah ­tampak berdimensi," jelasnya.

Pada masa sama, NARS turut meraikan kempen ulang tahunnya ke-20 dengan meneruskan kesinambungan koleksi gincu Audacious.

Bermula dengan hanya 12 rona gincu yang dijual di Barneys, New York pada 1994, NARS menambah 18 spektrum warna sempena keraian ulang tahun ini.

Menariknya, ia bukanlah edisi terhad dan boleh didapati di pasaran.

Memetik kata-kata Francois Nars, gincu ­bagaikan senjata untuk setiap wanita dan ia menjadi kebanggaan jenama NARS sejak dua dekad lalu.

"Ia edisi istimewa tapi bukanlah terhad. Ia dihasilkan dengan formula dan pakej baru. Ia juga terdiri daripada warna berpigmen tinggi dan lebih variasi.

"Saya sukakan gincu. Ia alat solek mesti ada pada setiap wanita di seluruh dunia. Saya bermula ­dengan 12 gincu dan ­selepas beberapa ­himpunan lain berada di pasaran, saya masih ­bangga dengan ­gincu ­klasik itu.

"Justeru, saya rasa ­sambutan 20 tahun ini ­sesuai digabungkan bersama koleksi gincu baru yang seakan-akan memberi penghormatan kepada 12 gincu terbabit," kata­nya.

Aktres Charlotte ­Rampling muncul wajah utama kempennya yang dirakamkan sendiri oleh Francois Nars.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 5:01 AM