Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Seorang bookie bola sepak disambung reman lima hari lagi bagi membantu siasatan kerana mengatur keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana, bermula hari ini.

Perintah berkenaan dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tiga pemain bola sepak MISC-MIFA (Persatuan Bola Sepak India Malaysia) dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini, bookie berusia 49 tahun dan tiga pemain bola sepak berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes sama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2017 @ 12:00 PM
Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan tahanan reman seorang bookie disambung lima hari lagi bagi membantu siasatan kes rasuah mengatur keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana. - Foto FARIZ ISWADI ISMAIL.