SITI Noor mampu membaca al-Quran braille yang digunakan  OKU penglihatan.
SITI Noor mampu membaca al-Quran braille yang digunakan OKU penglihatan.
Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman


Temerloh: Lapan bulan lalu hatinya tersentuh tatkala melihat ketekunan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan mengalunkan setiap bait ayat suci al-Quran dengan begitu indah menggunakan al-Quran braille.

Didorong rasa ingin tahu, Siti Noor Mohamed, 39, mengambil keputusan untuk turut sama mempelajari kalam suci itu menggunakan al-Quran braille.

Daripada situ, hati ibu kepada empat anak ini mula dijentik keinsafan dan rasa kagum tidak bertepi sebaik mula mengikuti kelas bersama insan istimewa itu.

Ternyata, menyusun jemari di atas titik ‘buta’ di atas naskhah putih itu agak sukar meskipun dia dikurniakan penglihatan sempurna.

Siti Noor berkata, ketika pertama kali mempelajari titik asas yang melambangkan huruf jawi itu, dia mengambil masa sebulan lebih untuk menguasainya pada peringkat Iqra’.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2017 @ 5:03 AM