KERETA terbabas selepas merempuh motosikal. FOTO ihsan bomba
KERETA terbabas selepas merempuh motosikal. FOTO ihsan bomba
Meor Riduwan Meor Ahmad


Alor Setar: Wanita maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh kereta dalam kejadian bersebelahan Sekolah Kebangsaan Pedu, Kampung Musa, Kuala Nerang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, Lijah Mat Hashim, 65, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat kecederaan dialaminya.

Pemandu dan penumpang kereta, masing-masing berusia 16 tahun mengalami kecederaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nor Hafizah Muhammad Lukman berkata, enam anggota dan pegawai diketuai Penolong Penguasa Bomba Mohd Hafizie Hassan bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat sejurus menerima panggilan kecemasan pada 5.14 petang.

"Sejurus tiba didapati kereta melanggar motosikal dan terbabas ke dalam parit. Terdapat dua mangsa cedera ringan dan seorang meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi tamat pada 6.09 petang dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2017 @ 10:44 PM