RANGKAIAN penjagaan kulit Infinity Advanced Moisture Concentrate.
RANGKAIAN penjagaan kulit Infinity Advanced Moisture Concentrate.
Intan Mas Ayu Shahimi


Kulit kering kerap menimbulkan masalah sehingga mengganggu emosi kebanyakan wanita. Pada usia muda, kulit kering dan kasar mudah dibaiki jika dirawat. Namun apabila usia kian meningkat, kulit yang kasar akan menjadi bahagian pertama terdedah kepada kesan penuaan.

Secara amnya, kekeringan pada lapisan dermis dikenal pasti sebagai antara tanda utama penuaan. Jenis penuaan ini disebabkan gangguan dalam proses pematangan sel epidermis.

Menurut Pengarah Urusan Kose Malaysia, Masaaki Hara, sel penuaan wujud apabila broblas dalam lapisan dermis berhenti membesar disebabkan pengaruh penuaan dan tekanan pengoksidaan. Sel penuaan ini berkembang dan merembeskan faktor yang memudaratkan kulit (sitokin, seperti IL-6) untuk mengganggu kitaran kematangan sel epidermis.

“Apabila ini berlaku, sel tidak matang akan terbentuk pada lapisan permukaan kulit, menyebabkan kulit kelihatan kurang tegang dan anjal, kekeringan, timbul garis halus, kedutan dan sebagainya.

“Ia akan berterusan sebagai kitaran yang tiada kesudahan. Jadi, cara paling berkesan untuk mencegah penuaan adalah dengan mengelak penyahhidratan menggunakan Infinity Advanced Moisture Concentrate,” katanya.

Jelas Masaaki Hara, pihaknya komited membawakan penyelesaian kecantikan terbaik menerusi Infinity Deep Moisture Concentrate pada 2011. Esen efektif itu berfungsi menangani masalah kekeringan dan penuaan kulit.

“Produk ini menjadi pujaan ramai wanita yang menghadapi masalah kulit kering. Ia bukan saja menjadi antara produk penjagaan kulit terunggul dalam rangkaian antipenuaan Infinity, malah mencapai jualan 350,000 unit.

“Kini, ia kembali dengan imej dan formula diperbaharui, disertai dua produk baru dalam rangkaian penjagaan kulit yang sama. Ini adalah rutin penjagaan kulit yang mampu merangsang potensi kelembapan kulit, sekali gus menangani tanda penuaan.

“Ia menggabungkan kuasa mikro organisma yang hidup dalam persekitaran ekstrem dan pengetahuan bioteknologi yang inovasi. Lebih menarik, rangkaian produk ini memang dihasilkan untuk merangsang kekuatan semula jadi kulit.

“Menggunakan bahan terpilih dan direalisasikan dengan kaedah yang unik untuk menghentikan kitaran sel penuaan serta mengukuhkan sel kulit. Antaranya termasuk ekstrak kuasa beras, ekstrak daun neem, ectoin, ekstrak tapaian alteromonas dan tapaian bifida,” katanya.

Selain itu, teknologi dan kaedah pembuatan Infinity menjadikan rangkaian penjagaan kulit Advanced Moisture Concentrate ini lebih meyakinkan berbanding produk pesaing.

“Advanced Moisture Concentrate bersifat menyerap sehingga ke dalam lapisan kulit, memiliki tekstur menenangkan dan efektif serta memanjakan kulit dengan sempurna.

“Buat julung kali, Kose juga berjaya menghasilkan losen dengan ekstrak beras yang diemulsikan dengan derivatif asid oleik. Emolien ini diadun ke dalam losen Infinity Advanced Moisture Concentrate, memberikan sensasi kulit disaluti dan mampu diserap jauh ke dalam kulit dengan serta-merta untuk keanjalan yang nyata.

“Sementara serumnya pula menggunakan teknologi ‘Emulsied Drop’. Walaupun teksturnya kaya dan padat, ia mudah digunakan pada kulit dan menyerap melalui setiap sel kulit untuk kesan melembutkan. Dengan rangkaian penjagaan istimewa ini, kulit menjadi kuat yang diperkukuhkan dari dalam agar berseri dengan kelembapan dan keanjalan,” katanya.

Praserum Infinity Advanced Moisture Concentrate bersaiz 50 ml dijual pada harga RM330, Infinity Advanced Moisture Concentrate Lotion bersaiz 160 ml (RM290) dan Infinity Advanced Moisture Concentrate Serum 50 gram (RM290).

Teknik ‘Plus-One Lift-up’

1. Gunakan teknik ini selepas menggunakan serum.

Bentukkan tangan anda dan letakkan ibu jari anda di bawah dagu. Dengan perlahan, gerak dan naikkan sisi pipi dan muka dengan jari. Ulang sebanyak tiga kali.

2. Letakkan tangan pada dahi dan gerakkannya ke arah atas. (Gunakan dua tangan dan ulang tiga kali).

3. Gunakan serum yang masih berbaki di tapak tangan pada kulit di leher.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Februari 2017 @ 9:59 AM