BANGUNAN, premis dan kediaman di Kampung Kuala Tahan di Jerantut ditenggelami banjir minggu lalu, berikutan limpahan air Sungai Tembeling. FOTO fail Bernama
BANGUNAN, premis dan kediaman di Kampung Kuala Tahan di Jerantut ditenggelami banjir minggu lalu, berikutan limpahan air Sungai Tembeling. FOTO fail Bernama
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Subang: Polis menahan seorang individu yang disyaki terbabit menyebarkan berita palsu berkenaan bencana banjir.

Individu berkenaan ditahan di ibu kota dua hari lalu selepas beberapa hari dikesan oleh pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya dengan kerjasama SKMM sedang mengesan beberapa lagi individu yang disyaki terbabit.

"Kita sedang mengesan individu yang sengaja menyebarkan berita palsu untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

"Situasi ini amat serius kerana boleh menyebabkan kekacauan," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bantuan Bencana di Pangkalan TUDM di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 1:57 PM