Oleh Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) melanjutkan tempoh pendaftaran cukai perniagaan dan barangan (GST) kepada syarikat perniagaan yang terbabit banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga 31 Januari depan.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kemusnahan teruk akibat banjir di ketiga-tiga negeri terbabit sehingga tidak mempunyai bekalan elektrik dan terputus hubungan Internet.

Justeru, syarikat di negeri lain perlu mematuhi tempoh akhir pendaftaran GST yang ditetapkan iaitu berakhir hari ini.

"Syarikat di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang belum mendaftar GST dan terjejas dengan banjir mempunyai masa sebulan lagi untuk melakukannya.

"Bagaimanapun, bagi syarikat di negeri lain, tarikh akhir mendaftar sehingga 12 tengah malam ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 Siri 2/2024 di Akademi KDRM di Bukit Baru, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 1:30 PM