MODUL yang digubal khas dalam  trek pembelajaran pantas  membantu pelajar memahami pelajaran dengan mudah.
MODUL yang digubal khas dalam trek pembelajaran pantas membantu pelajar memahami pelajaran dengan mudah.
Mohd Nasif Badruddin


Ampang: Kejayaan menghafal 30 juzuk al-Quran menjadi kelebihan kepada pelajar tahfiz meneruskan pengajian dan mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik sehingga ada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Biarpun hanya mempunyai masa tidak sampai setahun untuk menduduki SPM menerusi trek pembelajaran pantas selepas menumpukan perhatian lebih lima tahun untuk menghafal al-Quran, ia bukan penghalang buat mereka menyambung pengajian di bidang akademik bagi menyeimbangkan tuntutan dunia dan akhirat.

Bagi Muhammad Idzham Syah Othman, 18, yang memasuki Maahad Tahfiz Mawaddah di Langkap, Perak, seawal usia 12 tahun tanpa sempat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), dia tidak pernah menyesal mengambil keputusan itu, sebaliknya bangga kerana dapat menghafal kitab suci mengikut tempoh ditetapkan.

“Saya memang merancang untuk menghabiskan tahfiz al-Quran terlebih dulu dan fokus kepada sesuatu perkara sebelum belajar akademik, seterusnya melanjutkan pengajian ke universiti.

“Dulu bibir selalu dibasahi dengan al-Quran yang menjadi punca segala ilmu dan senang mengingat kerana rasa dekat dengan Allah dan kini pengajian diteruskan dalam bidang akademik pula,” katanya yang mengikuti trek pembelajaran pantas SPM di Pusat Tuisyen Lembah Ilmu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2017 @ 7:27 AM