IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Mohd Rizal Abdullah


Miri: Lelaki maut dipercayai terhidu gas beracun ketika mengepam air di dalam perut tongkang di Long Temala, Marudi.

Kevin Japar, 28, dikatakan sesak nafas ketika berada dalam perut tongkang itu sebelum meninggal dunia, pada kira-kira 2 petang semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong, berkata sepasukan anggota bomba kemudiannya dikerahkan ke lokasi.

Katanya, anggota memerlukan lebih tiga jam perjalanan melalui jalan balak untuk sampai ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.45 petang.

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan dari perut tongkang sedalam tiga meter itu, pada 10.56 malam tadi.

Operasi turut dibantu polis dan orang awam di kawasan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Februari 2017 @ 12:22 PM