FOTO ARKIB NSTP
FOTO ARKIB NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri sehingga 4 petang ini.

Amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) membabitkan keseluruhan Perak dan Kedah meliputi Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim serta Bandar Baharu.

Turut terbabit Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang; Cameron Highlands, Jerantut, Maran dan Bera (Pahang) serta Segamat, Batu Pahat dan Kluang di Johor.

Di Sarawak pula, kawasan terbabit adalah Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Miri selain Subis, Beluru dan Marudi.

Sementara itu, di Sabah membabitkan Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan di bahagian pedalaman selain Pantai Barat, Tawau serta di Kudat (Kota Marudu).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2022 @ 3:07 PM