SASQIA tiada kekasih.
SASQIA tiada kekasih.
Sudirman Mohd Tahir


Suatu ketika dahulu, pelakon tinggi lampai Sasqia Dahuri percaya kesibukan kerjaya sebagai pelakon membuatkan hidupnya gembira dan bahagia.

Ketika itu dia cuba untuk tidak membuka pintu hatinya kepada mana-mana lelaki. Bagi Sasqia apa yang menjadi keutamaan adalah kerjaya.

Namun perkara itu ternyata memakan dirinya apabila Sasqia atau nama sebenarnya Nurlisasqia Ahmad Dahuri, 32, mulai berasa kesunyian tanpa cinta.

Sasqia yang juga pelakon drama Lara Aishah mengakui terbit rasa cemburu setiap kali melihat kawan dan orang sekeliling mempunyai kekasih atau pasangan masing-masing.

Menurut Sasqia, dia juga mahu merasai nikmat dan erti cinta sejati. Malah jauh di sudut hatinya dia juga ingin dikasihi dan mengasihi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Februari 2017 @ 5:05 AM