Amir Abd Hamid


Reyhanli (Turki): Peluru tembus mata hingga belakang kepala, kudung, muka hancur dan kanser darah antara derita ditanggung pelarian Syria yang kini dirawat di wad Pusat Jagaan Darul Jarha, di sini.

Pusat jagaan dikendalikan pemilik bebas itu menerima pesakit dalam kemudahan terbatas walaupun ada sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care).

Sukarelawan Muslim Care yang juga pakar bedah pediatrik Hospital Princecourt, Dr Syariz Izry Sehat berkata, kemudahan di pusat rawatan itu sangat terhad.

“Semua ubat tak cukup. Apa yang saya nampak hanya antibiotik, ubat gastrik dan tahan sakit selain satu kerusi roda.

“Jumlah katil untuk jagaan pesakit hanya 13 katil dan sembilan tilam tambahan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2017 @ 8:52 AM
KEADAAN di Pusat Jagaan Darul Jarha yang menjaga kebajikan pesakit pelarian Syria. Gambar kecil, Lokman yang menjadi mangsa bom jet pejuang hilang tangan kiri.
KEADAAN di Pusat Jagaan Darul Jarha yang menjaga kebajikan pesakit pelarian Syria. Gambar kecil, Lokman yang menjadi mangsa bom jet pejuang hilang tangan kiri.