Amir Abd Hamid


Sepang: Dua puluh dua peserta misi bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria di Turki-Syria akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Misi dianjurkan Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) sehingga 4 Februari itu diketuai Timbalan Presidennya, Johari Ismail.

Johari berkata, pihaknya memohon rakyat Malaysia mendoakan keselamatan peserta dan segala bantuan dapat disampaikan.

"Kami membawa amanah rakyat Malaysia yang prihatin dengan mangsa konflik berlaku di Syria.

"Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kami.

"Bantuan kemanusiaan akan diagihkan kelak termasuk lebih RM800,000 kutipan derma, 250 kilogram (kg) susu bayi, 400 kg ubat serta 150 kg pakaian sejuk," katanya ketika ditemui di KLIA, hari ini.

Kumpulan misi akan berlepas 11 malam ini ke Istanbul, Turki sebelum mengambil penerbangan domestik ke Hatay dan seterusnya ke kem dan sekolah pelarian di Reyhanli dan utara Syria.

Johari berkata, bantuan untuk Syria adalah berterusan dan orang ramai masih boleh melabur dalam saham akhirat dengan menyalurkan sumbangan tunai ke akaun Maybank (5644-9041-3882) atau Bank Islam (140-140101-4740) atau ke akaun Bank Muamalat (14-0100-0765-4717) serta maklumkan sumbangan menerusi mesej pesanan ringkas atau WhatsApp kepada Johari Ismail di 016-9978323 atau Zakaria Abd Latiff (012-6935938).

Peserta misi:

1) Johari Ismail (Ketua misi yang juga Timbalan Presiden Muslim Care)

2) Ustaz Ahmad Shukri Ismail (Bendahari Muslim Care)

3) Ustaz Nazmi Karim (Pengarah Pendidikan dan Misi Kemanusiaan Syria Muslim Care)

4) Amir Abd Hamid (Harian Metro)

5) Shahrul Redzuan Zulkifli (Harian Metro)

6) Mohd Syafiq Mansor (TV Al Hijrah)

7) Muhammad Syafiq Azman (TV Al Hijrah)

8) Dr Mohammad Syarif Abd Wahab (pasukan perubatan)

9) Dr Anissiham Zainal Abidin (pasukan perubatan)

10) Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi (pasukan perubatan)

11) Dr Syariz Izry Sehat (pasukan perubatan)

12) Abdul Hakam Arshad (sukarelawan)

13) Hasan Abd Rahman (sukarelawan)

14) Maslina Majais (sukarelawan)

15) Maryam Ibrahim (sukarelawan)

16) Mohammad Ibrahim (sukarelawan)

17) Rathuan Md Som (sukarelawan)

18) Roslan Md Esa (sukarelawan)

19) Saadiah Mohd Zin (sukarelawan)

20) Sharifah Azura Said Hamoza (sukarelawan)

21) Zamari Abdul Ghani (sukarelawan)

22) Shamsirull Shamsudin (sukarelawan)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 10:20 PM
ANTARA bantuan kemanusiaan yang akan diagihkan. FOTO Shahrul Redzuan Zulkifli
ANTARA bantuan kemanusiaan yang akan diagihkan. FOTO Shahrul Redzuan Zulkifli