MASYARAKAT setempat juga tidak melepaskan kesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan bersama pelajar MSU College.
MASYARAKAT setempat juga tidak melepaskan kesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan bersama pelajar MSU College.
myMetro

Prihatin untuk mempelbagaikan kemahiran dan keupayaan pelajarnya, MSU College Kota Bharu, Kelantan dengan kerjasama Masjid Diraja Long Yunus, Langgar mengadakan program kesedaran kesihatan,

baru-baru ini.

Program Health Awareness Campaign berkenaan membabitkan 45 pelajar pelbagai program pengajian dan dimeriahkan dengan kehadiran penduduk setempat.

Kempen ini antara usaha MSU College dalam memberi pendedahan kepada pelajar menerusi khidmat komuniti bersama masyarakat luar kampus. Peserta, Nursyafiqa Shafira Maheran berkata selain meningkatkan pengetahuan berkenaan gaya hidup sihat dan mendapatkan maklumat kesihatan, penduduk setempat juga berpeluang melakukan pemeriksaan secara percuma.

“Kami berharap program sebegini terus diperluaskan dan diadakan secara berterusan bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.

“Ia juga boleh menjadi platform mendidik masyarakat mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat,” katanya.

Antara aktiviti dijalankan sepanjang kempen berlangsung termasuk tarian zumba, walkaton dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.

Ceramah pula disampaikan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta wakil dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) yang memberikan maklumat berkenaan kanser payudara dan kanser serviks.

Turut diadakan demonstrasi masakan sihat tanpa penggunaan minyak serta pemeriksaan kesihatan termasuk mengenal pasti jenis kumpulan darah dan Body Mass Index (BMI).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 11:01 AM