Abdul Manan Joraimi meninjau keadaan rakit yang digunakan untuk meletakkan perkakas rumah supaya tidak ditenggelami air akibat banjir di Kampung Jawa, Lenga, Muar. FOTO Adi Safri
Abdul Manan Joraimi meninjau keadaan rakit yang digunakan untuk meletakkan perkakas rumah supaya tidak ditenggelami air akibat banjir di Kampung Jawa, Lenga, Muar. FOTO Adi Safri
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor semakin berkurangan dengan 1,899 mangsa daripada 529 keluarga ditempatkan di 29 PPS berdasarkan rekod diperoleh 6 petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata ketika ini jumlah mangsa di daerah Segamat berkurangan dengan 1,220 mangsa daripada 326 keluarga ditempatkan di 21 pusat pemindahan.

"Di Tangkak seramai 269 mangsa daripada 83 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan.

"Di Muar mencatatkan seramai 410 mangsa daripada 120 keluarga masih berada di empat pusat pemindahan," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

Katanya, Jalan Pogoh-Tekam, Jalan Kuala Paya-Balai Badang, laluan masuk Tumang Batu Anam - Kawasan Ladang dan laluan ke Lubuk Lanjut di Segamat masih ditutup.

Laluan di Kilometer 61 Jalan Muar -Labis dan Jalan Pagoh-Tekam di Muar juga masih ditutup kepada kenderaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 January 2017 @ 7:15 PM