KEMAMAN 26 DECEMBER 2016. Sebahagian mangsa banjir yang berpindah di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah ,Kemasek.STR/ SHAMSUDIN HUSIN.
KEMAMAN 26 DECEMBER 2016. Sebahagian mangsa banjir yang berpindah di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah ,Kemasek.STR/ SHAMSUDIN HUSIN.
Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini berkurangan kepada 672 orang daripada 185 keluarga pagi ini berbanding 702 orang daripada 193 keluarga pada malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata, sebanyak 16 PPS masih dibuka iaitu 13 di Segamat, dua di Muar dan sebuah lagi di Tangkak.

"Masih terdapat 498 mangsa daripada 134 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS di Segamat, manakala 169 orang daripada 49 keluarga berada di dua PPS di Muar.

"Di Tangkak pula, hanya lima mangsa berada di sebuah PPS daripada dua keluarga," katanya.

Beliau berkata, dua jalan masih ditutup termasuk Jalan Pogoh Tekam di Segamat yang dibuka untuk laluan kenderaan berat sahaja.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2017 @ 10:19 AM