Penduduk, Abdul Manan Joraimi meninjau keadaan rakit yang digunakan untuk meletakkan perkakas rumah supaya tidak ditenggelami air akibat banjir di Kampung Jawa, Lenga, Muar. FOTO ADI SAFRI
Penduduk, Abdul Manan Joraimi meninjau keadaan rakit yang digunakan untuk meletakkan perkakas rumah supaya tidak ditenggelami air akibat banjir di Kampung Jawa, Lenga, Muar. FOTO ADI SAFRI
Mohd Sabran Md Sani

 

Johor Bahru: Mangsa banjir di negeri ini yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 2,294 orang pagi ini berbanding 2,423 orang malam tadi.

Mereka ditempatkan di 37 PPS.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata ketika ini jumlah mangsa di daerah Segamat juga semakin berkurangan dengan 1,256 mangsa daripada 336 keluarga ditempatkan di 24 pusat pemindahan.

"Di Tangkak seramai 605 mangsa daripada 154 keluarga ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

"Bagaimanpun di Muar tiada sebarang perubahan dengan mencatatkan seramai 433 mangsa daripada 123 keluarga masih berada di enam pusat pemindahan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, Jalan Pogoh-Tekam, Jalan Kuala Paya-Balai Badang, laluan masuk Tumang Batu Anam - Kawasan Ladang dan laluan ke Lubuk Lanjut di Segamat masih ditutup.

Pada masa sama, laluan di Kilometer 61 Jalan Muar -Labis dan Jalan Pagoh-Tekam di Muar juga masih ditutup kepada kenderaan.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 January 2017 @ 11:07 AM