Penduduk, Shahrezal Rosli (kiri) bersama keluarga mengemas perkakas rumah untuk dipindahkan ke tempat lebih tinggi bagi mengelakkan air yang semakin naik akibat limpahan air sungai Muar di Kampung Kundang Ulu, semalam. FOTO ADI SAFRI

Mohd Sabran Md Sani

Johor Bahru: Mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor berkurangan petang ini dengan 2,248 mangsa daripada 605 keluarga ditempatkan di 33 PPS berbanding 2,294 orang pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata ketika ini jumlah mangsa di daerah Segamat berkurangan dengan 1,230 mangsa daripada 330 keluarga ditempatkan di 22 pusat pemindahan.

"Di Tangkak seramai 599 mangsa daripada 153 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan.

"Di Muar mencatatkan seramai 419 mangsa daripada 122 keluarga masih berada di lima pusat pemindahan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, Jalan Pogoh-Tekam, Jalan Kuala Paya-Balai Badang, laluan masuk

Tumang Batu Anam - Kawasan Ladang

dan laluan ke Lubuk Lanjut di Segamat masih ditutup.

Laluan di Kilometer 61 Jalan Muar -Labis dan Jalan Pagoh-Tekam di Muar juga masih ditutup kepada kenderaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 January 2017 @ 4:04 PM