Mohd Syazwan Nazri, 27, membersih kesan kotoran akibat kenaikan air banjir di rumahnya di Taman Pasir Puteh Indah, Pasir Puteh. FOTO Faris Zainuldin
Mohd Syazwan Nazri, 27, membersih kesan kotoran akibat kenaikan air banjir di rumahnya di Taman Pasir Puteh Indah, Pasir Puteh. FOTO Faris Zainuldin
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan berkurangan kepada 3,934 orang sehingga jam 3 petang berbanding 4,049 orang, 12 tengah hari tadi.

Portal eBanjir Kelantan merekodkan semua mangsa membabitkan 1,149 keluarga ditempatkan 30 PPS di empat daerah.

Jumlah mangsa dijangka akan terus berkurangan susulan cuaca cerah sejak pagi tadi.

Jumlah mangsa banjir tertinggi masih di Pasir Puteh dengan 2,546 orang diikuti Pasir Mas dengan 959 orang.

Kota Bharu mencatatkan jumlah mangsa banjir seramai 377 orang manakala Kuala Krai merekodkan seramai 52 mangsa.

Paras Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada pada paras bahaya iaitu 9.88 meter.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 4:50 PM