PEMAIN Tunjang Tiger mempamerkan trofi dimenangi.
PEMAIN Tunjang Tiger mempamerkan trofi dimenangi.
Oleh Norhasri Hasan

Alor Setar: Pasukan ragbi Sekolah Kebangsaan Tunjang atau lebih dikenali ‘Tunjang Tiger’ muncul juara Kejohanan Ragbi B-11 Tahun merebut ‘Piala Broncos’ anjuran Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi di Kubang Pasum, baru-baru ini.

Pasukan Tunjang Tiger memulakan kempen dengan menewaskan semua pesaing peringkat kumpulan untuk mengungguli kumpulan B.

Sebanyak 12 pasukan seluruh negeri Kedah menyertai kejohanan itu antaranya SK Penghulu Haji Darus, SK Hakim Teh, SK Kedawang Langkawi, SK Berapit Sungai Petani, SK Taman Awana, SK Kodiang, SK Bukit, SK Tunjang dan tuan rumah SK Bukit Tinggi.

Di suku akhir mereka berjaya menewaskan ‘Broncos B’ dari SK Bukit Tinggi 25-5 sebelum menang bergaya di separuh akhir mengecewakan SK Hakim Teh 10-5.

Pada final Tunjang Tiger yang mendapat bimbingan Norhasri Hasan menewaskan Broncos 10-5.

Pengurus pasukan Mohd Fadly Effandy berharap kejayaan itu diteruskan pada kejohanan akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Disember 2014 @ 7:14 AM