Alat penyaman udara yang terbakar. FOTO ihsan bomba
Alat penyaman udara yang terbakar. FOTO ihsan bomba
Siti Nadzirah Che Mud


Machang: Alat penyaman udara di bilik Unit Kendalian Udara (AHU), Hospital Machang, di sini terbakar kira-kira 7.20 pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hospital beroperasi seperti biasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang Penolong Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.23 pagi sebelum enam anggota dan sebuah jentera ke lokasi.

"Sebaik tiba, didapati alat penyaman udara di dalam bilik AHU yang digunakan oleh dewan bedah hospital terbakar.

"Bagaimanapun, ia tidak membabitkan struktur bangunan dan api dapat dipadamkan segera," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada 7.51 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 12:57 PM