Bas rempuh  lima kenderaan di Persiaran Jubli Emas, Kangar, pagi tadi. FOTO ihsan pembaca
Bas rempuh lima kenderaan di Persiaran Jubli Emas, Kangar, pagi tadi. FOTO ihsan pembaca
Muhammad Mustakim Ramli


Kangar: Empat pemandu kereta cedera apabila bas yang rosak brek merempuh lima kenderaan di Persiaran Jubli Emas, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata, dalam kejadian 7.55 pagi itu sebuah bas henti-henti yang mengalami masalah brek rosak rempuh lima kenderaan lain yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

"Kerosakan brek menyebabkan bas terbabit melanggar kereta jenis Perodua Myvi di hadapannya sebelum berlaku pelanggaran lain membabitkan sebuah lagi bas serta tiga kereta masing-masing dua Perodua Myvi dan satu Perodua Kancil.

"Ketika kejadian lampu isyarat berwarna merah dan berlaku kesesakan jalan raya beberapa kilometer akibat kemalangan itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan empat pemandu kereta berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk menjalani rawatan.

"Mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kemalangan berkenaan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 11:32 AM