Junaidi Ladjana


Kota Kinabalu: Jurujual kereta maut selepas kereta Toyota Camry dipandunya melanggar kereta sebelum merempuh dua pokok dan terbalik di Jalan Lintas, Kolombong, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 10 malam itu, mangsa Daniel Iskandar Abdullah, 34, disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Queen Elizabeth (HQE) di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari Kolombong ke Lintas lalu merempuh Perodua Myvi menyebabkan kereta dipandu mangsa terbabas dan merempuh dua pokok di pembahagi jalan sebelum terbalik.

Kereta Myvi kemudian merempuh bahagian belakang kereta Honda Civic namun kedua-dua pemandu kereta berkenaan tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2017 @ 1:27 AM
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa. FOTO Mohd Adam Arinin
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa. FOTO Mohd Adam Arinin