KEADAAN kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa. FOTO Ihsan Bomba
Junaidi Ladjana


LELAKI maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pokok di Jalan Tun Fuad Stephen, Likas, Kota Kinabalu, petang hari ini.

Dalam kejadian jam 4.36 petang itu, Tan Han Siong, 47, yang beralamat di Taman Sri Pulai, Johor Bahru, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati Perodua Myvi dipandu mangsa dari arah Universiti Malaysia Sabah (UMS) menuju ke pusat bandar raya.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan disebabkan jalan licin lalu terbabas dan merempuh pokok di tepi jalan.

"Akibat itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu laju sehingga gagal mengawal kereta dengan baik.

"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Disember 2017 @ 9:35 PM