Buttner (tengah) bersama United raih juara EPL. Gerrard tidak pernah sepanjang bersama Liverpool. FOTO DM
Buttner (tengah) bersama United raih juara EPL. Gerrard tidak pernah sepanjang bersama Liverpool. FOTO DM
Daily Mail

London: Bekas pemain pertahanan Manchester United Alexander Buttner menegaskan dia lebih berjaya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana menang lebih banyak gelaran berbanding Steven Gerrard.

Pemain bek kiri itu membuat 28 penampilan selama dua musim untuk Red Devils di bawah kendalian Sir Alex Ferguson dan David Moyes sebelum meninggalkan kelab itu menyertai Dynamo Moscow pada 2014.

Biarpun gagal menyerlah bersama United pemain berasal dari Belanda itu mendakwa dia menjulang piala EPL pada 2013 satu pencapaian tidak pernah diraih oleh Gerrard sepanjang masanya beraksi bersama Liverpool sekali gus membuktikan dia lebih berjaya di England.

“Saya berada di atas padang bersama United sebanyak 30 kali. Siapa boleh mengatakan dia menjadi juara di England? Saya boleh. Malah, Steven Gerrard tidak berjaya,” kata Buttner memberitahu De Telegraaf.

“Saya menjadi pemain bola sepak lebih baik, saya beraksi pada saingan suku akhir Liga Juara Juara menentang Bayern Munich dan Arjen Robben.'

Buttner membuat penampilan yang baik beraksi di Manchester selepas menyertai dengan mengikat kontrak selama lima tahun pada 2012, menjaringkan gol dan membantu satu gol menang 4-0 di tempat sendiri menentang Wigan dan dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 5:15 PM