REAKSI kecewa Guardiola selepas pasukan diaibkan Everton.
REAKSI kecewa Guardiola selepas pasukan diaibkan Everton.
AFP

Liverpool, England: Pep Guardiola menegaskan musim pertamanya dalam kancah bola sepak Inggeris tidak akan berakhir dengan Manchester City menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris berikutan kekalahan memalukan 0-4 di tangan Everton.

City tewas buat kali keempat dalam lapan perlawanan terakhir mereka ketika Guardiola, bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich berdepan kekalahan terbesar sepanjang kerjaya gemilangnya.

Memandangkan skuadnya kini ketinggalan 10 mata berbanding pendahulu Chelsea berikutan kekalahan itu, Guardiola mengakui gelaran itu berada di luar jangkauan City.

“Ya, yang pertama,” kata Guardiola apabila ditanya sekiranya tangga teratas tidak lagi menjadi persoalan.

“Pertamanya adalah jurang 10 mata dan ia tugas yang besar.

“Keduanya adalah tiga mata, yang itu perlu kami lihat. Saya bercakap dengan pemain tiga minggu lalu supaya melupakan kedudukan liga. Fokus kepada perlawanan berikutnya dan lakukan yang terbaik.

“Selepas itu pada akhir musim, kami akan analisis tahap pasukan, prestasi, jurulatih dan pemain. Hanya selepas itu kami akan membuat keputusan.”

Keputusan itu juga akan membabitkan aktiviti utama dalam pasaran perpindahan ketika Guardiola mahu mencetus impak terhadap skuad City yang gagal mencapai tahap diingini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 9:03 AM