PEMAIN Man City meraikan kejayaan mempertahankan gelaran EPL. FOTO Reuters
PEMAIN Man City meraikan kejayaan mempertahankan gelaran EPL. FOTO Reuters
AFP

Manchester: Manchester City mengekalkan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan gaya dramatik apabila bangkit selepas ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Villa 3-2 menerusi tiga gol dalam tempoh 15 minit.

Ilkay Gundogan masuk dari bangku simpanan untuk meledak dua gol dengan Rodri juga menemui sasaran ketika skuad Pep Guardiola berjaya menghalang usaha Liverpool menang gelaran dengan hanya kelebihan satu mata.

Gol Matty Cash dan bekas pemain Liverpool, Philippe Coutinho tampak bakal memberikan kelebihan buat Reds merampas gelaran.

Skuad kendalian Jurgen Klopp menyempurnakan tugas apabila bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Wolves 3-1 di Anfield namun kemenangan City memusnahkan harapan Liverpool untuk meraih empat kejuaraan.

Spurs pula mengesahkan tempat keempat apabila membelasah Norwich 5-0 ketika pencabar utamanya Arsenal turut menang besar mengatasi Everton.

Chelsea mengekalkan tempat ketiga selepas menang 2-1 mengatasi Watford.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2022 @ 2:38 AM