PEMAIN tengah Manchester City, Kevin De Bruyne meraikan jaringannya ketika menentang Real Madrid pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah, Selasa lalu. FOTO AFP
PEMAIN tengah Manchester City, Kevin De Bruyne meraikan jaringannya ketika menentang Real Madrid pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah, Selasa lalu. FOTO AFP
Reuters

Manchester: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata, perancang, Kevin De Bruyne adalah pemain terbaik di dunia bagi posisi itu dan pemain antarabangsa Belgium itu aset penting bagi pendahulu Liga Perdana Inggeris itu.

Prestasi De Bruyne cukup cemerlang bersama City pada musim ini apabila menjaringkan 15 gol dan 12 umpanan jaringan dalam 40 perlawanan di semua kejohanan termasuk tujuh gol dalam 10 aksi terakhir.

"Dia cukup penting," kata Guardiola menjelang perlawanan dengan Leeds United, malam ini.

"Dia adalah pemain terbaik di dunia dari segi larian dan perubahan rentak permainan.

"Dia berlaku dan memecahkan ruang pemain lawan, dia sungguh dahsyat dan memang bagus.

"Semua orang tahu perkara itu dan ini bukan musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris."

City kini mendahului liga dengan 80 mata iaitu satu mata mengatasi Liverpool di tangga kedua dengan baki lima perlawanan.

Liverpool akan berkunjung ke Newcastle United terlebih dulu sebelum City turun padang beberapa jam kemudian.

Guardiola berkata, tidak mungkin perbezaan jaringan akan menjadi penentu gelaran.

"Ia akan ditentukan menerusi perbezaan mata. Mungkin ada pasukan tercicir mana, saya tidak fikir kedua-dua pasukan akan tercicir mata," kata Guardiola.

"Tetapi jika kami menjaringkan banyak gol pda Sabtu, memang menarik. Saya turut mengharapkan Newcastle menjaringkan banyak gol."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 April 2022 @ 11:24 AM