Muhammad Apendy Issahak


Kuala Kangsar: Seorang pekerja kilang dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini dari tuduhan merogol seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada September 2015.

Muhammad Azwan Abd Rahim, 22, yang sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan terlepas daripada hukuman penjara dan sebatan selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal gagal mewujudkan kes prima facie.

Hakim Niran Tan Kran membuat keputusan itu pada akhir kes pendakwaan.

Muhammad Azwan dituduh merogol pelajar berkenaan di bahagian tempat duduk belakang kereta Proton Wira yang diparkir berhampiran sebuah sekolah menengah di Sungai Siput, dekat sini pada jam 3 petang, 2 September 2015.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pihak pendakwaan mengemukakan enam saksi sepanjang perbicaraan pada tahun lalu.

Tertuduh diwakili Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nazatul Natrah Mohd Yusuf.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 11:50 AM
Pekerja kilang, Muhammad Azwan dibebaskan daripada tuduhan merogol pelajar sekolah berusia 16 tahun kira-kira dua tahun lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar. FOTO Abdullah Yusof
Pekerja kilang, Muhammad Azwan dibebaskan daripada tuduhan merogol pelajar sekolah berusia 16 tahun kira-kira dua tahun lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar. FOTO Abdullah Yusof